Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum sesi persekolahan 2012 ditutup. Kemudian, mana-mana pihak yang berkenaan tu bolehlah bercuti panjang. Aku dah tak termasuk dalam pihak yang tersenarai seperti di atas. Orang cuti, aku kena kerja. So, it’s quite fair kalau orang kerja, aku cuti kan? kan? kan? πŸ™‚

Siapa yang masih ingat azam tahun 2012, sila angkat tangan?!! Sekarang aku nak kira ye.. “Satu, dua, tiga, lekuk. Jantan, betina, aku ketuk.” Hmm…memang nak kena ketuk kaw-kaw punya la sapa yang tak ingat tu. Aku ni lain lah… Dari tahun 2011 lagi aku dah bagiatu sahabat baik aku yang azam 2012 aku ialah, untuk tidak menyimpan apa-apa azam pada tahun 2012. Best kan? πŸ˜€

Di akhir tahun begini mesti ada yang dah kehilangan motivasi untuk pergi ke sekolah atau kolej. Malas nak usung buku-buku rujukan tebal-tebal. Adik-adik di sekolah pun ada yang dah tamat peperiksaan awam penting, contohnya UPSR. Sekarang ni yang kena bersemangat ialah adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan PMR. Tapi, kalo tak salah aku, budak-budak PMR dah habis tadi. So, diaorang semua pun dah boleh join budak2 Tahun 6 celebrate πŸ˜› Tak lama lagi SPM lah pulak. Buek sohabis baik la yo? πŸ˜€

Tak ketinggalan yang masih belajar di universiti. Jangan lah malas nak buat group discussion. Jangan dah berkumpul ramai-ramai tu sibuk nak buka topik mengumpat pulak. Tugasan dan kerja kursus tu buat lah sehabis baik, jangan dah dapat markah rendah, baru nak complain kat lecturer. Atau ada yang ambil jalan mudah, copy and paste hasil susah payah orang lain. Oh..sungguh tidak mulia cara anda tersebut. Jangan! Jangan! Jangan!

Yang bangun awal pagi, uruskan anak-anak ke sekolah, kemudian bergegas ke tempat kerja pula, kuatkan semangat. Caiyok! ^_^ Anda sememangnya seorang yang mulia. Walau apapun pekerjaan yang anda lakukan, asalkan ianya halal. Lakukan dengan ikhlas. Buat dan berikan yang terbaik juga. Banykkanlah bersabar.
Memang tahap motivasi dah semakin berkurangan. Jadi di sini, selain daripada membebel panjang-panjang ni, aku share lah sedikit sebanyak cara bagaimana nak tingkatkan motivasi. Sila jangan malu dan segan. Cer bace.. cer bacerrr… πŸ˜›

 

Tips Meningkatkan Motivasi Diri

1) Rajin-rajinkan lah diri untuk mendapatkan tips mahupun petua meningkatkan motivasi diri. Tak kiralah sama ada melui pembacaan, menghadiri sesuatu acara, menonton video dan banyak lagi cara lain.

2) Berhenti daripada melakukan aktiviti rutin buat sementara waktu. Tapi ini bukanlah bermaksud dengan berhenti ke sekolah, kelas atau pun berhenti kerja ye.. Jangan Buat.. πŸ˜› Sebagai contoh, bagi yang suka ber’facebooking’ berhenti lah daripada rutin itu buat sementara waktu. Tukar dengan aktiviti luaran (outdoor) yang lebih sihat dan bermanafaat, πŸ™‚

3) Buat sesuatu yang menggembirakan dengan keluarga dan rakan-rakan. Kalau dah masa ber’facebook’ digunakan untuk bersam-sama dengan rakan-rakan atau keluarga, banyaklah aktiviti santai dan seronok yang dapat dilakukan. Pergilah shopping, berkelah, jogging, dan sebagainya.

4) Mengisi masa dengan hobi yang berfaedah. Sebagai contoh, kalau dah ada kamera DSLR yang canggih tu, keluarlah bersama orang-orang tersayang. Ambil foto mereka dan permandangan indah di luar. Seronok kan? Rugi rasanya kalau dah ada kamera mahal dan canggih tetapi tersimpan sahaja tanpa digunakan.

5) Bawa diri untuk mencari ketenangan. Terlalu sibuk dengan tugasan, kerja, paperwork dan banyak lagi 😦 Apa kata cari masa beberapa hari untuk menenangkan fikiran? Bermalas-malasan? Pulang ke kampung halaman, pergi berkhemah di luar bandar, memancing di pulau-pulau dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan, boleh pergi melancong πŸ˜‰

6) Jika fikiran kusut dan serabut dengan masalah, carilah sehabat yang dipercayai untuk berkongsi masalah. Jangan dipendam sahaja sehingga membawa kesan buruk terhadap diri. Luahkan lah… πŸ™‚

7) Manjakan diri! πŸ˜€ Kita sudah berpenat lelah bekerja seharian untuk keluarga dan orang tersayang. Apa salahnya sekali-sekala kita gunakan wang tersebut untuk memanjakan diri? Pergi ke spa untuk mendapatkan rawatan diri. Tentu kita akan merasa lebih segar dan bertenaga bukan? πŸ™‚

8) Hadiahkan sesuatu kepada orang tersayang πŸ˜‰ Tak perlulah menunggu hari-hari istimewa. Belilah sesuatu untuk orang yang tersayang. Buatkan kejutan. Apabila mereka tersenyum gembira, bukankah kita juga akan turut merasa gembira? ❀

9) Hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri! Β Kita sudah bekerja kuat selama ini. Jadi apalah salahnya berbelanja membeli sesuatu yang mampu membawa kegembiraan kepada diri kita sendiri? Tapi jangan pula berbelanja di luar kemampuan. Beli barang mengikut kemampuan kita.

 

Senang sahaja bukan? Ambil sahaja salah satu cara di atas untuk meningkatkan motivasi diri anda. Tidak kira lah sama ada anda bergelar pelajar, pekerja kolar putih, mahupun suri rumah tangga sepenuh masa πŸ™‚ Sayangi diri anda dan hargailah diri anda. πŸ™‚

Advertisements

Hujan Oh Hujan

Posted: 26 September 2012 in Uncategorized
Tags: ,

Image

Awal-awal pagi, hujan… Sejuk… Tarik selimut sampai ke kepala… Sedap tidur hujan-hujan ni.Β 

Hujan-hujan jer rasa malas nak bangun, bergerak atau keluar. Ada yang kata hujan ni menyusahkan. Nak pergi kerja, nak ke sekolah, pendek kata nak beraktiviti pun boleh terbantut disebabkan hujan. Aktiviti musim hujan adalah makan dan tidur. Berinternet dan tengok tv bagi mereka yang ada kemudahan internet. Seingat aku sewaktu di kampung dulu, bila musim tengkujuh tiba, kami anak-anak seronok sebab ada peluang nak mandi hujan, nak main air, tangkap ikan. Abang ada peluang keluar untuk menangkap burung yang sejuk. Bila dah sembelih, kami boleh merasa sama. Yang suka dengan ikan darat, puyu, keli, haruan, sepat, masa ni pun sesuai merasa ikan segar. Jadi, siapa yang kata hujan tu menyusahkan adalah salah sama sekali πŸ™‚ Bersyukurlah, kerana bersama-sama hujan, tuhan telah turunkan rezeki.Β 

Β 

Hujan-Hujan ni elok kalau kita berdoa… πŸ™‚

Image

Β 

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩŠΩ‘ΩΨ¨Ω‹Ψ§ Ω†ΩŽΨ§ΩΩΨΉΩ‹Ψ§

Allahumma soi yiban naa fi’a

Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.Β 

Colour Me Weekly 1

Posted: 15 September 2012 in Colour Me Weekly
Tags:

This is my first attempt to create a colour palette. I don’t think it looks as good as others’ palettes :/
Well, here goes…

Oh, KIA Forte!

Posted: 15 September 2012 in car
Tags: , , , ,

Minggu lepas aku ada survey beberapa model kereta yang menarik minat aku. Antaranya Honda Jazz Hybrid, Suzuki Swift, Toyota Prius C dan juga Kia Fonte. Mula-mula memang tak ada niat nak beli kereta baru. Kalau ada pun, cuma pasang angan-angan Mat Jenin sebab sekarang pun duk tumpang bawa Toyota Vios orang punya πŸ˜›
Tapi, insyaallah kalau ada rezeki, aku akan miliki juga kereta sendiri walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi buat masa sekarang, ada beberapa perkara lain yang perlu diambilkira sebelum menyambar kereta idaman.

Mula-mula memang nak sambar kereta hybrid dengan alasan aku sayangkan alam sekitar. Tapi entah macamana, aku boleh terpandang kereta Encik Khai yang terpampang di blog Β http://justkhai.com/blog/ada-apa-dengan-kia-forte/
Terjatuh cinta lah aku dengan kereta Khai… Cuma yang menjadi kekhuatiran aku adalah service after sale yang ditawarkan oleh KIA. Almaklum sajalah, KIA ni bukan sefemes Toyota dan Honda. Kalau dekat Perak ni, secara spesifiknya tempat aku tinggal ni, pusat servis Toyota dan Honda memang ada, tapi KIA?? :/

Balik dari kerja, selepas mesyuarat di PPD Manjung, aku singgah di KIA showroom. Yang ada kat showroom tu cuma sebuah Kia Forte 2.0 SX warna putih. Memang berbeza showroom KIA tu jika nak dibandingkan dengan Toyota di Seri Manjung dan Honda di Sitiawan. Itu yang terdetik dalam hati aku masa mula-mula melangkah masuk ke showroom KIA tuh. Kat resepsionis memang takde orang. Kemudian aku ada lah ternampak seorang wanita melayu terjenguk-jenguk melihat ke arah aku. Jadi, sementara dah ada peluang tu, aku pun merasa lah sekejap duduk dalam KIA Forte Putih 2.0 SX tu πŸ˜€ Rasa cam awesome giler! Hehe πŸ˜€

Rasa-rasa macam dah confirm je yang aku jatuh cinta dengan KIA Forte. Kalau hendakkan kereta yang berkelajuan agak-agak tinggi, bolehlah sambar Mitsubishi ke, Honda Type-R ke. Tapi, apa yang menawan hatiku dan apa yang membuatkan aku jatuh cinta dengan KIA Forte ini adalah ciri-ciri interior yang ada dalam kereta tersebut. Kunci untuk hidupkan kereta KIA tu pun dah lain daripada yang lain. Hmmm…. memanglah, tak dapat dinafikan lagi! Aku ni memang minat ngan techonology yang datang bersama-sama dengan kereta KIA Forte tu. Kalau ditengokkan harga, tak sampai RM100k. Mungkin aku takkan sambar Forte 2.0. Rasa-rasanya 1.6 SX pun dah cambest giler dah. So, sekarang ni aku sedang mencari-cari pendapat rakan-rakan dan kenalan aku tentang KIA Forte ni. Ada seorang rakan sejawatan tak sebaya πŸ˜› bagitahu aku yang anak saudara dia pakai KIA Forte tak sampai 2 tahun, lepas tu enjin buat hal. Nak tolak harga drop giler2. Ye ke? KIA Forte ke? Tu aku tanya dalam hati saja lah. Banyak lagi KIA lain kat malaysia ni kan? Dah dia cakap Forte, aku pun mengiyakan sajalah.

Memang tak habis rasanya kalau aku nak berkhutbah tentang kekasih idaman baru aku ni. Maklum sajalah, kalau dah sayang, semuanya nampak cantik, segalanya terasa manis dan indah πŸ˜› Oleh kerana, aku mungkin bakal memiliki kereta pertamaku, aku tak mahu membuat keputusan yang bakal membuatkan aku menyesal. Kalau diikutkan, ada juga pengguna-pengguna KIA Forte yang memberikan komen pada blog Khai, yang mereka berpuas hati dengan KIA Forte mereka. Aku harap-harap sangat suatu hari nanti, dalam masa terdekat, aku juga akan bergelar pemilik sebuah KIA Forte yang maha hensem πŸ™‚ Mwehehehehe. Cuma, buat masa sekarang, seperti yang aku katakan, ada beberapa perkara lain yang perlu diutamakan. Doakan mudah-mudahan segalanya berjalan lancar bagi aku dan Forteku πŸ™‚

Kia Forte owners are mostly young, educated professionals and are people who have done their studies and research before deciding on the Forte. We are the non-conformists. We don’t follow trend. We create new trends. That’s why we are the Fortelicious Fortezens! – Julian Ong (MFC)

Amik kat blog Khai πŸ˜€Β http://justkhai.com/blog/ada-apa-dengan-kia-forte/

Ada Apa Dengan My New Blog???

Posted: 14 September 2012 in Uncategorized
Tags: ,

Hi, salam perkenalan.

Sigh… Rasa-rasanya, bunyi ayat pertama pun dah janggal. Aku mahu mencuba blog wordpress. Sebelum ni aku ada beberapa blog tergendala di blogger.com. πŸ˜€ <<—- Dengan rasa riaknya membuat pengumuman tersebut πŸ˜›
Ok lah, jumpa lagi di keluaran mendatang.